Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kini Dikuarantin Di Melaka, Ismail Sabri Harap Alif Satar Cepat Sembuh

Seperti semua sedia maklum, penyanyi Alif Satar yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19 tempoh hari.

Advertisement

Susulan kejadian, Menteri kanan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini seakan tampil memberikan kata-kata semangat buatnya.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie, beliau tampil memuat naik foto Ismail Sabri bergambar bersama cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie sebagai tanda sokongan kepada Alif. 

“Ini untuk awak brother @alifsatar. Saya harap gambar ini menceriakan hari awak serta saya mendoakan awak dan keluarga terus dilindungi. Semoga awak cepat sembuh dan dapat kembali di pangkuan keluarga. Atok mail @ismailsabri cakap terima kasih dan cepat sembuh Alif.”

Menghargai kata-kata positif itu, Alif dilihat turut meninggalkan komen di entri berkenaan dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya.

Advertisement

Untuk rekod, Alif kini sedang mendapatkan rawatan dan proses kuarantin di Hospital Melaka selepas disahkan positif COVID-19 pada 22 November lalu. 

Bagaimanapun, menurut laporan Gempak, Alif khabarnya dijangka akan discaj dari Hospital Melaka pada 3 Disember ini.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama