Kini Dikenali Sebagai Lotus’s, Netizen Bakal Rindu Barangan Keluaran Jenama Tesco

Trending

Kini Dikenali Sebagai Lotus’s, Netizen Bakal Rindu Barangan Keluaran Jenama Tesco

Bagi yang menggemari barangan keluaran Pasaraya Tesco sudah pasti akan merindui jenama tersebut. Hal ini demikian kerana pasaraya Tesco telah bertukar nama menjadi Lotus’s.

Perkara ini juga turut disahkan melalui papan tanda di pasaraya berkenaan dan akaun rasmi Tesco Malaysia.

Advertisement

“Nampak sesuatu yang berbeza ? Nama kami kini ditukar ke Lotuss Store (Malaysia) Sdn Bhd”

Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter juga, apabila check-in MySejahtera nama Tesco juga bertukar menjadi Lotuss Store (Malaysia) Sdn Bhd.

Ramai warganet yang bakal merindui keluaran jenama tersebut kerana kualitinya yang begitu memuaskan berbanding dengan jenama-jenama lain.

Berikutan hal itu, Tesco juga menjadi trending di Twitter disebabkan penukaran nama mereka yang menjadi bualan hangat sekaligus memberi kejutan yang tak disangka kepada orang ramai.

Selepas ini jangan pula terkejut sekiranya melihat papan tanda Pasaraya Tesco di Malaysia bertukar kepada Lotus’s.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...