Kini Buka Kedai Runcit, Lan Solo Akui Tidak Mudah Untuk Hidup Senang – “Orang Tak Nampak Kami Struggle Dari Bawah!”

Hiburan

Kini Buka Kedai Runcit, Lan Solo Akui Tidak Mudah Untuk Hidup Senang – “Orang Tak Nampak Kami Struggle Dari Bawah!”

Penyanyi Lan Solo yang kini hidup lebih selesa selepas memulakan perniagaan runcit iaitu Solo Borneo Mart mengakui masih ada tanggapan negatif daripada segelintir pihak tentang apa yang dikecapinya kini.

Empunya nama Mohamed Razlan Yusof ini mengakui yang dia sememangnya sedar mengenai kewujudan segelintir pihak yang menganggap rezeki dan kemewahan yang dia ada kini datang secara mudah.

Advertisement

Malah ada juga yang mempertikaikan dari mana datang wang ringgit yang dia ada pada ketika ini.

“Mungkin ramai yang nampak kehidupan kami selesa..bercuti sana-sini dengan anak-anak macam bukan orang susah.Selain menyanyi saya juga berniaga, kadang-kadang orang tak faham benda-benda macam tu. Orang nampak yang indah-indah, orang tak nampak kami struggle daripada bawah..”

Dia yang memulakan perniagaan barangan runcit bersama isterinya Nur Sheila Hassim itu kini membuat perusahaan bekalan barangan kering dan basah daripada negeri Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei sejak lapan bulan yang lalu.

 Ketika ditemui mStar Online, Lan turut mengimbas kembali bagaimana dia memulakan perniagaan itu apabila dia sering mendapat kiriman barangan basah setiap kali dia membuat persembahan di Sabah & Sarawak.

“Saya selalu ulang alik dari Sabah dan Sarawak untuk mengadakan persembahan. Jadi ramai kenalan selalu kirim makana dari sana. Bila banyak kiriman, saya dan isteri terfikir untuk buka kedai yang membekalkan makanan Borneo. Dari situ kami terdetik untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Kami upgrade sikit-sikit sampailah sekarang kami dah ada kedai,”

Mengakui dia turut menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui pada awal perniagaan, antara pengorbanan yang terpaksa adalah dari segi masa bersama anak-anak yang terbuang kerana terlalu sibuk menguruskan perusahaan.

Kini, dia dan isteri perlu bijak menguruskan masa antara kerjaya, bidang seni, perniagaan runcit serta masa bersama anak-anak, keluarga serta sahabat handai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...