Siapa sangka bermula hanya dipanggil sebagai penyampai radio jemputan kini pelawak Fad Bocey telah dipanggil sebagai pelengkap segmen Jam Hot di Hot FM.
Fad Bocey telah memulakan tugasnya semalam di Hot FM yang bergandingan bersama Deen dan Haziq.
Fad mempunyai kebolehan untuk menyampaikan sesuatu topik atau cerita dengan baik. Dia juga adalah seorang ‘storyteller’ yang bagus.
Tambahan pula, Deen, Haziq dan Fad berkongsi banyak persamaan. Antaranya mereka bertiga meminati sukan bola sepak selain mereka juga adalah ‘young daddy’.
Ketika digandingkan kita boleh lihat keserasian mereka sewaktu ke udara. Kami percaya gandingan ini akan memberi impak yang positif kepada pengisian dan penerimaan pendengar terhadap segmen Jam Hot. – Kata Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali.
Nampaknya kehadiran Fad menambah lagi keceriaan di dalam Hot FM selepas sebelum ini baru sahaja menerima Mark Adam dan Riena Diana.