Kini Bertudung, Hanna Delisha Anggap Ianya Bukan Penghalang Untuk Bawa Watak Jahat

Hiburan

Kini Bertudung, Hanna Delisha Anggap Ianya Bukan Penghalang Untuk Bawa Watak Jahat

Pelakon cantik kelahiran Singapura, Hannah Delisha menganggap penampilan terkini dirinya bukanlah penghalang untuk memegang sebarang watak dalam sesebuah karya lakonan.

Hannah Delisha

Advertisement

Hannah yang kini berhijab sepenuhnya itu turut menambah bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk watak antagonis sekiranya skrip menarik dan sesuai untuk dilakonkan.

Semakin mencipta nama di Malaysia, Hannah merasakan bahawa jika sesuatu watak jahat itu dapat memberi pengajaran kepada penonton, dia pasti akan menerima tawaran tersebut.

“Walaupun kini saya sudah bertudung, tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat. Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minta, tentunya saya akan teruskan.”


Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch kini mempunyai prinsip tersendiri dalam menjayakan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki.

Hannah Delisha

Bagi pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini, dalam menjayakan watak romantik, pelakon tidak semestinya bersentuhan tetapi situasi ketika pelakon membawakan babak itu dan juga teknik kamera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.Com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...