Penampilan baru pelakon dan penyanyi jelita, Fazura yang kini berhijab telah menarik perhatian orang ramai. Fazura turut berharap agar isu agama seperti ibadah, berhijab dan berhijrah tidak perlu disensasikan.
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura, isu seperti itu merupakan perjalanan hidup seseorang yang terlalu peribadi untuk dihebohkan buat orang ramai.
Ibadah, hijab, hijrah. It is a person secret intention with Allah SWT.
A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukuplah. Penat.
View this post on Instagram
Hantaran tersebut telah dimuatnaik oleh pelakon tersebut di akaun Instagram miliknya dan penampilan terbarunya itu telah mendapat banyak pujian ramai kerana kelihatan jelita bertudung.
Dalam pada masa yang sama, suaminya, Fattah Amin turut mengucapkan rasa syukur dengan penampilan barunya itu ketika ditanya dalam sidang akhbar virtual sempena pelancaran single terbaharunya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.