Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kini Berlakon Dalam Drama ‘Isteri Misteri’, Tiz Zaqyah Tak Dapat Bayang Jika Hidup Berpoligami

Pelakon cantik, Tiz Zaqyah memberitahu bahawa dia tidak dapat membayangkan jika ditakdirkan hidup berpoligami kelak.

Menjengah usia 32 tahun, Tiz mengakui dia sering saja berhadapan dengan soalan seperti bila mahu mendirikan rumah tangga dan perkahwinan.

Advertisement

Tiz yang kini boleh ditonton bakat lakonannya menerusi drama terbaru bertajuk Isteri Misteri yang mengisahkan pasangan suami isteri berhadapan dengan masalah rumah tangga, termasuklah isu poligami.

Ketika ditanya pendapatnya mengenai isu poligami, Tiz menganggap itu semua ketentuan takdir daripada Yang Maha Esa.

View this post on Instagram

A post shared by ??? ?????? ????? (@tiz.zaqyah)

“Apa yang boleh saya katakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadang-kadang, apa yang kita tak mahu, itulah yang akan kita dapat. Begitu juga sebaliknya. Saya pun belum berumah tangga, jadi rasanya saya tak mampu memberikan jawapan yang tepat dan spesifik. Cuma saya tak boleh bayangkan kalau ia berlaku kepada diri saya,”

Advertisement

Dia yang merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri hasil kerjasama Viu dan Primeworks turut mengulas mengenai pengalaman menjalani penggambaran sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Tiz menjelaskan ianya merupakan sebuah norma baharu yang harus diikuti demi keselamatan dan kesihatan pelakon dan kru penggambaran namun tidaklah menjadi masalah besar buat pelakon cantik ini.

Selain Tiz, antara pelakon yang turut membintangi drama Isteri Misteri itu adalah Shaarnaz Ahmad, Azira Syafinaz, Sharifah Sakinah, Azar Azmi dan ramai lagi.

Drama 10 episod itu bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang menerusi saluran TV3 dan jam 7 hari yang sama menerusi platform Viu.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. unknown

    November 27, 2020 at 5:06 pm

    kenapa perlu ada watak macam kinah? agak2 ler nak berlawak pon

Leave a Reply to unknown Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top