Kini bergelar usahawan produk makanan sambal, pelakon Elfira Loy meluahkan perasaan syukur apabila perniagaannya itu mendapat sambutan hangat daripada peminat sambal.
Elfira dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang telah menyokong perniagaannya dengan membeli sambal ‘home-made’ yang kini semakin berkembang dengan jayanya.
Ibu kepada Muhammad Rayan Khalaf telah memuat naik entri penghargaan itu menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi kapsyen, Elfira mengatakan dia gembira kerana telah berjaya menjual dua ribu balang dalam masa dua minggu dan semakin meningkat dari hari ke hari.
View this post on Instagram
“Terima kasih Allah kerana membuka satu lagi pintu untuk rezeki keluarga kami, Alhamdullila. Terima kasih juga kepada anda semua yang menyokong @dapuqenak, rasa tak percaya kami telah menjual dua ribu balang dalam masa dua minggu, ia berkembang hari demi hari.”
Elfira turut menjelaskan bahawa perniagaannya itu turut membantu mereka di luar sana menjana pendapatan dengan menjadi ejen sambalnya itu.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, peminat serta pengikut rata-rata mengucapkan tahniah di atas kerjaya baru Elfira Loy kini.