Kini Bergelar Usahawan, Mawar Rashid Seru Peminat Di Luar Sana Cari Ilmu Seperti Sedang Mandi

Hiburan

Kini Bergelar Usahawan, Mawar Rashid Seru Peminat Di Luar Sana Cari Ilmu Seperti Sedang Mandi

Pelakon yang kini bergelar usahawan, Mawar Rashid baru-baru ini ada menyuarakan pendapat mengenai pencarian ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Dia yang kini sibuk menguruskan perusahaan kosmetik telah memuat naik pendapat bernas itu menerusi ruangan Instagram miliknya, @mawarashid

Advertisement

Menurutnya, usaha mencari ilmu pengetahuan itu haruslah berterusan seperti urusan menyucikan badan iaitu mandi.

View this post on Instagram

“KITE KENE CARI ILMU MACAM KITA KENE MANDI!! ? KENAPA MACAM MANDI?” . . Kalau kita x mandi, lama2 nantikan akan jd busuk ? TAPI, Kalau kita mandi, baru la kita rasa FRESH, RASA WANGI, and rasa BERSEMANGAT. Betul tak? . Sama macam ilmu, kita kene sentiasa mencari, and kalau nak repeat belajar ilmu sama, EVEN BETTER! Sebab apa yg kite blajar hritu, belum tentu kita dapat 100% kan? And bila kita BELAJAR, SEMANGAT TU AKAN JDI LAIN MACAM TAU. SEBAB DENGAN ILMU NI LAH YANG AKAN MEMBAWA KITE MENCAPAI MATLAMAT KITA! And belajar lah banyak2 pleaseee.. Baru la ILMU kita akan FRESH, nak deliver ILMU pun jadi lebih BERSEMANGAT. . So leader2 semua, ADA SOALAN Ni.. mintak jawab la kalau korang seorang leader to any team.. Nak tanya, bile last korang pergi belajar? Pergi topup ilmu? Contoh, (join zoom meeting untuk topup ilmu) Boleh share x bila tarikh LAST korang belajar? and korang belajar pasal TOPIC apa? . . P/s : Mekwa pi class @sifujamall @sifubads @azzamsabtu .. banyak belajar. Alhamdulillah.. Insyaa’Allah.. Mawar nak turunkan ilmu ni kat Mawarose Squad @mawarosehq ? . . Tudung @naelofar ?

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Kita kena cari ilmu macam kita kena mandi!! Kenapa macam mandi? Kalau kita tak mandi, lama-lama nantikan akan jadi busuk. Tapi, kalau kita mandi, baru la kita rasa fresh, rasa wangi, dan rasa bersemangat. Betul tak?. Sama macam ilmu, kita kena sentiasa mencari, dan kalau nak ulang belajar ilmu yang sama, lebih baik! Sebab apa yang kita belajar haritu, belum tentu kita dapat 100% kan?”

Mawar turut menjelaskan bahawa manusia haruslah sentiasa mencari ilmu dalam usaha mencapai matlamat yang diingini.  Tambahnya lagi, sikap sentiasa ingin belajar perkara baru dan mengulangi perkara yang sudah dipelajari itu lebih bagus kerana belum tentu seseorang mendapat seratus peratus ilmu yang dipelajari.

View this post on Instagram

You are my strength ? . . Mommy kene always kuat untuk family mommy.. family mommy termasuklah Mawarose Squad ? @mawarosehq

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Perkembangan terkini, Mawar kini hamil anak kedua dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata tidak lama lagi. Hasil perkongsian hidup bersama suami mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...