Pelakon yang kini bergelar usahawan, Mawar Rashid baru-baru ini ada menyuarakan pendapat mengenai pencarian ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Dia yang kini sibuk menguruskan perusahaan kosmetik telah memuat naik pendapat bernas itu menerusi ruangan Instagram miliknya, @mawarashid
Menurutnya, usaha mencari ilmu pengetahuan itu haruslah berterusan seperti urusan menyucikan badan iaitu mandi.
“Kita kena cari ilmu macam kita kena mandi!! Kenapa macam mandi? Kalau kita tak mandi, lama-lama nantikan akan jadi busuk. Tapi, kalau kita mandi, baru la kita rasa fresh, rasa wangi, dan rasa bersemangat. Betul tak?. Sama macam ilmu, kita kena sentiasa mencari, dan kalau nak ulang belajar ilmu yang sama, lebih baik! Sebab apa yang kita belajar haritu, belum tentu kita dapat 100% kan?”
Mawar turut menjelaskan bahawa manusia haruslah sentiasa mencari ilmu dalam usaha mencapai matlamat yang diingini. Tambahnya lagi, sikap sentiasa ingin belajar perkara baru dan mengulangi perkara yang sudah dipelajari itu lebih bagus kerana belum tentu seseorang mendapat seratus peratus ilmu yang dipelajari.
Perkembangan terkini, Mawar kini hamil anak kedua dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata tidak lama lagi. Hasil perkongsian hidup bersama suami mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael.