Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kini Bergelar Jutawan Kosmetik, Zoey Rahman Tak Peduli Kata-Kata Sinis Orang

Zoey Rahman yang merupakan seorang pelakon dan pengacara kini dilaporkan telah menjadi jutawan dalam perusahaan kecantikan dan kosmetik apabila dia mula menceburkan diri dalam perniagaan Mika Series sejak tahun 2017.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Bin Abdul Rahman mengakui dirinya diperlekehkan orang sekeliling ketika pertama kali ingin menceburi bidang kecantikan dan kosmetik.

Advertisement

Malah, Zoey turut berkata bahawa ramai orang memperkecilkan dan mempersoalkan keputusannya untuk melibatkan diri dalam perniagaan barang kosmetik sama ada boleh menjadi kaya atau tidak.

View this post on Instagram

A post shared by ? (@zoeyrahman)

“Saya mula buat bisnes Mika Series pada 2017. Banyak halangan dan dugaan saya tempuhi. Mulanya kawan-kawan gelakkan saya. Betulkah saya nak buat bisnes kosmetik ni. Sebab kebiasaannya dunia kosmetik untuk golongan wanita saja. Mereka siap cakap takkan saya nak pakai mekap untuk buat promosi”

Alah bisa tegal biasa, kini Zoey hanya percaya setiap usaha yang dilakukan pasti ada kejayaan yang menanti. Menanam sikap percaya pada rezeki Allah S.W.T, bintang yang mula terkenal dengan program Gerak Geri Gasing ini hanya ingin memekakkan telinga dengan kata-kata cacian dan ‘butakan’ mata dengan apa jua halangan di hadapan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ?MIKASERIES (@mikaseries)

“Saya yakin rezeki Allah ada di mana saja. Selagi kita usaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada, saya percaya kalau kita ikhlas dan berikan yang terbaik untuk pelanggan dari segi kualiti dan perkhidmatan, saya yakin pelanggan akan cari kita, percayalah,” – Zoey Rahman

Perkembangan terkini, produk Mika Series boleh didapati menerusi rangkaian kedai Watson di seluruh Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    November 30, 2020 at 12:33 pm

    good job joey.

Leave a Reply to tecit Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top