Kini Bergelar Isteri, Intan Ladyana Kongsi Pengalaman Bernikah Waktu PKP

Hiburan

Kini Bergelar Isteri, Intan Ladyana Kongsi Pengalaman Bernikah Waktu PKP

Pelakon cantik manis, Intan Ladyana yang kini sudah bergelar isteri pada tanggal 5 Februari yang lalu tampil berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman mendirikan rumah tangga ketika wabak pandemik COVID-19 melanda dan juga sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dijalankan dalam negara ketika ini.

Intan LadyanaSumber : Instagram Intan Ladyana  

Jelas Intan, walaupun terikat dengan pelbagai peraturan, namun baginya ianya merupakan satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Advertisement

Menurut pelakon drama Bougainvillea ini, dia dan suami, Harris Alif melihat setiap perkara yang berlaku kepada mereka terkandung hikmahnya yang tersendiri.

View this post on Instagram

A post shared by ? (@intanladyana)

“Ada hikmah di sebalik PKP sekarang, jangan pandang arahan kerajaan itu sebagai tak best, tetapi anggap sebagai cabaran dan dugaan sebab ia berlainan dengan pasangan yang kahwin sebelum PKP. Ia juga sebagai pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila.”

Dalam pada itu, Intan yang kini beralih arah kepada bidang pengarahan drama dan filem ini menjelaskan bahawa dia dan Harris sebenarnya tidak mahu berkumpul ramai-ramai ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Tambah pasangan ini lagi, perkara wajib seperti akad nikah seeloknya dilaksanakan dahulu manakala majlis sampingan seperti resepsi dan sebagainya boleh dibuat kemudian hari.

View this post on Instagram

A post shared by ? (@intanladyana)

Dia yang turut ditanyakan mengenai kritikan masyarakat apabila melihat dirinya mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang jauh lebih muda, Intan Ladyana berkata dia sebenarnya sudah terbiasa dengan sebarang bentuk kecaman.

“Berbelas tahun saya dalam industri hiburan dan memang dari dahulu menerima kecaman, tapi nak kata saya kalis kecaman itu tak juga. Saya lihat dulu perkara itu sama ada ia kecaman yang betul atau kosong sahaja selain kena tanya juga, apa yang kita hendak dalam hidup kita.” – Intan Ladyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...