Pelakon dan juga pendakwah bebas, PU Riz khabarnya akan memulakan tugasnya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling pada minggu hadapan.
Suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu mengumumkan mengenai perkara itu ketika majlis penyerahan lima projektor LCD kepada sekolah berkenaan, semalam.
View this post on Instagram
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail,26, turut berkongsikan momen-momen penyerahan barangan berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM15,000 di Instagram.
“My students! Form 2 and Form 1 see you next week!” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tidak menyangka Haris adalah merupakan seorang guru sebelum ini.
Malah ada juga yang berseloroh mengatakan ingin menjadi pelajar Haris dan berpindah sekolah. Amboi!
Sekadar info, Haris merupakan guru sementara semenjak daripada tahun lalu dan mengajar subjek bahasa Inggeris.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
November 1, 2021 at 11:25 am
teacher bebird I lurvvv
Anonymous
October 31, 2021 at 2:24 pm
Kalau aku lah, korg letak sekolah tu 10 org cikgu yang hensem sekalipun, kalau mengajar boring memang aku tido jugak dalam kelas.
Nora
October 31, 2021 at 10:46 am
Kenapa letak emoji love tp jd tanda soal pulak dah
Nora
October 31, 2021 at 10:33 am
Alhamdulillah, terbaik teacher haris, semoga terus memberI manfaat kpd semua & bahagia bersama isteri tercinta ??
Nora
October 31, 2021 at 10:42 am
Alhamdulillah,.terbaik teacher haris, semoga terus memberikan sumbangan utk manfaat semua & bahagia bersama isteri tercinta ?? bkn guru sementara tp guru praktikal sbb baru habis degree, pertengahan thn lps tu praktikal yg pertama, ini yg kedua, lps ni dah lengkap
hokelek
October 30, 2021 at 1:40 pm
mu dengan isteri mu sama saja… attention seekerz
Emanon
October 31, 2021 at 8:57 am
How bout u with this unnecessary comment? Seeking attention too?
Nora
October 31, 2021 at 10:43 am
Kenapa letak emoji love tp keluar tanda soal pulak aduh