Nampaknya, penyanyi penuh kontroversi Baby Shima sudah bergelar Baby Jerung apabila dia ada memuat naik hantaran bersama Skuad Jerung Merah (SJM) di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Berjaya meraih lebih 4 juta tontonan, gelagat Baby Shima dalam video tersebut ternyata telah mencuit hati netizen di aplikasi media sosial tersebut.
“Bagi laluan, bagi laluan, Baby Jerung nak lalu ni..!” jerit Baby Shima sambil disambut Skuad Jerung Merah dan ‘Mummy Jerung’.
Meskipun hanya berdurasi 30 saat, video tersebut berjaya menarik minat netizen apabila ruangan komen video tersebut dibanjiri kata-kata pujian mereka yang terhibur dengan aksi mereka itu.
Terdahulu, Skuad Jerung Merah mula menjadi fenomena dalam kalangan warga maya apabila mereka tampil dengan video-video lucu bagi mempromosikan sebuah produk kecantikan dalam dialek Terengganu.
Malah, ketua kumpulan SJM iaitu Siti Sofia Mahyuddin juga dikatakan telah tampil dengan lagu single terbaru berjudul Akulah Jerung Merah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.