Kini Bergelar Ahli Perniagaan, Shuib Sepahtu Amalkan Ayat Al-Quran Takut Kena ‘Mandrem’

Hiburan

Kini Bergelar Ahli Perniagaan, Shuib Sepahtu Amalkan Ayat Al-Quran Takut Kena ‘Mandrem’

Dicurahkan kemurahan rezeki, kini pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu nampaknya telah beralih karier kepada seorang usahawan berjaya.

Mengakui sentiasa berhati-hati apabila mula bertapak dalam dunia perniagaan ini, Shuib kini mengamalkan ayat suci Al-Quran sebelum tidur untuk mengelak daripada hasad dengki manusia.

Advertisement

Dia yang turut sedar dunia perniagaan yang baru diceburinya ini pasti ada saja yang tidak puas hati dan akan mengambil kesempatan kelak, Shuib berkata dia sudah bersedia untuk menghadapi perkara itu.

“Mandrem (perkara berkaitan bomoh), itu yang saya takut tapi buat masa sekarang Insya-Allah tidak ada dan minta dijauhkanlah. Saya sentiasa beringat sebelum tidur dan saya faham dalam dunia bisnes ini pasti akan ada orang tidak puas hati dan berhasad dengki,”

View this post on Instagram

Face app manual ???? @lovetahq

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Ditemui Astro Gempak, Shuib juga katanya bersedia jika ada orang yang ‘menghantar’ benda bukan-bukan kepada dirinya dan ahli keluarga, namun tidak meminta untuk perkara seperti itu berlaku.

Shuib yang sebelum ini telah ditawarkan pangkat Dato’ namun ingin berfikir sebaiknya sebelum menerima tawaran tersebut telah membuka cawangan ketiga perniagaan minuman Bubble Bee dan berhasrat untuk meluaskan lagi empayar perusahaanya di sekitar Lembah Klang serta negeri di sebelah utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...