Jika sebelum ini berlegar gosip mengenai pelakon Mas Khan didakwa bercinta dengan anak usahawan ternama, Diana Nasimuddin, akhirnya dia tampil mengakui hubungannya bersama wanita itu lebih daripada seorang kawan.
Ujar Mas Khan, Diana memiliki kualiti dan sememangnya wanita yang diimpikannya sebelum ini.
View this post on Instagram
Dia berkongsikan mengenai perkara tersebut ketika sesi soal jawab bersama pengikut Instagramnya, baru-baru ini.
Kata pelakon Bukan Gadis Biasa ini lagi, Diana adalah segala-galanya dan melambangkan kualiti yang diimpikannya dalam seseorang wanita.
“Dia juga satu dalam sejuta. Mengambil berat, bijak, berfikiran terbuka, matang, punya ciri keibuan, berpenampilan tinggi dan penyayang.Itulah Diana.”
Mas Khan sebelum ini seolah-olah memberi bayangan seperti sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak usahawan terkenal itu apabila dia dan Diana sering berkongsi foto berdua dalam akaun media sosial masing-masing.
View this post on Instagram
Sekadar info, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak perempuan kepada usahawan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.