Pengacara dan personaliti TV, Dayah Bakar memaklumkan bahawa kedua ibu-bapanya kini positif COVID-19 sejak beberapa hari lalu.
Berkongsikan perkembangan terkini, Dayah memberitahu bahawa ayahnya, Hj Abu Bakar Johar telahpun dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan selepas dijangkiti wabak tersebut.
View this post on Instagram
Dayah yang kini berada di luar negara berkongsikan perkara tersebut di laman Instagramnya untuk pengetahuan peminat.
Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Hj Abu Bakar Bin Johar yang berada di ICU sekarang. Juga, untuk doakan mak saya, Halimatul Kamaliah bt Abdul Rahim untuk sembuh sepenuhnya.
Dalam hantaran lain, Dayah juga ada berkongsikan rasa duka kerana tidak dapat berada dekat dengan keluarga di saat yang mendukacitakan ini.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar kesihatan kedua ibu bapanya itu kembali pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19 itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.