Kini Anda Tidak Perlu Mengimbas Kod MySejahtera di Pam Stesen Minyak

Trending

Kini Anda Tidak Perlu Mengimbas Kod MySejahtera di Pam Stesen Minyak

Semalam tular di laman sosial mengenai kenyataan seorang pegawai penguatkuasa yang memaklumkan pihak Malay Mail mengenai penguatkuasaan undang-undang baru tentang pengimbasan kod MySejahtera.

Terkini, pihak MKN dan juga CPRC telah mengesahkan bahawa anda tidak perlu mengimbas kod MySejahtera di pam stesen minyak.

Anda hanya perlu mengimbas kod MySejahtera apabila anda mengunjungi surau, kedai serbaneka atau bilik air di mana-mana stesen minyak.

Advertisement

stesen minyak petronas

Ramai yang agak keliru apabila seorang individu yang didakwa telah didenda kerana tidak mengimbas kod MySejahtera di sebuah pam stesen minyak.

larangan menggunakan smartphone di pam stesen minyak

Diharapkan maklumat ini dapat membantu anda semua yang masih lagi musykil mengenai “undang-undang” baru ini.

Sumber : The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.