Semalam tular di laman sosial mengenai kenyataan seorang pegawai penguatkuasa yang memaklumkan pihak Malay Mail mengenai penguatkuasaan undang-undang baru tentang pengimbasan kod MySejahtera.
Terkini, pihak MKN dan juga CPRC telah mengesahkan bahawa anda tidak perlu mengimbas kod MySejahtera di pam stesen minyak.
Anda hanya perlu mengimbas kod MySejahtera apabila anda mengunjungi surau, kedai serbaneka atau bilik air di mana-mana stesen minyak.
Ramai yang agak keliru apabila seorang individu yang didakwa telah didenda kerana tidak mengimbas kod MySejahtera di sebuah pam stesen minyak.
Diharapkan maklumat ini dapat membantu anda semua yang masih lagi musykil mengenai “undang-undang” baru ini.