Kini Anda Boleh Menonton Netflix Di Telefon Pintar Dengan Langganan RM17 Sebulan

Teknologi

Kini Anda Boleh Menonton Netflix Di Telefon Pintar Dengan Langganan RM17 Sebulan

Selepas India dan Filipina, Malaysia adalah negara ketiga yang menstrim Netflix pada peranti mudah alih terbanyak berdasarkan kajian pada dua tahun lalu. Menyedari hal itu, kini Netflix memperkenalkan langganan terbaik untuk pengguna Malaysia menstrim Netflix pada peranti mudah alih.

Netflix memperkenalkan plan ‘Mobile-only’ pada harga RM17 sebulan bermula hari ini.

netflix
Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara melancarkan plan ini selepas negara India pada Julai lalu. Plan ini menawarkan langganan untuk kegunaan telefon pintar dan tablet sahaja. Harga langganan RM17 sebulan adalah separuh dari harga Basic Plan iaitu pada harga RM33 sebulan.

Advertisement

Plan ini hanya boleh digunakan pada peranti mudah alih dan tidak untuk skrin lebih besar seperti komputer dan TV.

netflix basic plan
Walaubagaimanapun, Netflix juga mengesahkan plan ini tidak dapat menyokong Chromecast. Seperti Basic Plan yang biasa, pengguna dapat menambah 5 profil dan hanya boleh menstrim sekali pada satu sama.

Sebanyak 7 daripada 10 rakyat Malaysia menstrim dan memuatnaik Netflix menggunakan telefon pintar. Jadi tidak hairan lah mereka memperkenalkan plan ini untuk pengguna di Malaysia.

netflix
Pengguna juga masih mendapat ciri yang sama seperti Smart Downloads dimana secara automatiknya akan memuatnaik episod terbaru apabila disambungkan dengan Wi-Fi.

Pengguna juga dapat menonton Netflix selama 6 jam setengah dengan hanya menggunakan 1GB data internet. 

netflix
Nampaknya, plan ini memang berbaloi-baloi. Menurut kajian Netflix, jumlah pengguna yang mendaftar akaun menggunakan telefon pintar adalah lebih tinggi di Malaysia berbanding negara lain di Asia Tenggara.

Untuk pengetahuan anda, pada masa hadapan Netflix tidak lagi membenarkan pengguna berkongsi akaun dengan rakan. Untuk baca artikel selanjutnya, klik di sini.

Sumber: Soya Cincau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...