Kini Anda Boleh Mendapat Wang Dengan Setiap Minyak Masak Terpakai Yang Dikitar Semula

Kehidupan

Kini Anda Boleh Mendapat Wang Dengan Setiap Minyak Masak Terpakai Yang Dikitar Semula

Mungkin ada yang tidak tahu minyak masak yang sudah dipakai juga boleh dikitar semula seperti plastik, kertas, kotak dan sebagainya. Atau mungkin anda tahu informasi ini cuma tidak pasti bagaimana dan dimana ianya boleh dilakukan?

Seorang pengguna Twitter Iman Qurrotuaini antara yang aktif dalam mengitar semula minyak masak terpakai. Dia berkongsikan dalam 1kg minyak masak yang diberi dia akan mendapat kira-kira RM 1.10.

Advertisement

Daripada anda membuang minyak masak terpakai begitu saja, lebih baik jika anda kumpulkan dan hantar ke pusat kitar semula yang berdekatan dengan rumah anda. Anda boleh semak senarai pusat kitar semula berhampiran kawasan anda di sini.

Projek yang dijalankan oleh Alam Flora ini membantu anda untuk bersama-sama menjaga alam sekitar. Bukan sahaja dapat duit malah anda juga akan mendapat mata ganjaran Mesra Petronas. Selain daripada pusat kitar semula, Alam Flora juga menggunakan khidmat 3R On Wheels.

Pembuangan minyak masak ke dalam sistem saliran awam menyebabkan pembiakan bakteria anaerobik yang mewujudkan bau busuk semasa cuaca panas atau kering dan menyebabkan longkang tersumbat.

Jadi tunggu apa lagi? Cepat kumpulkan minyak masak terpakai anda dan hantarkan ke pusat kitar semula berdekatan anda. Sama-sama lah kita menjaga alam sekitar. #jomrawatbumi

Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti Facebook dan Instagram Alam Flora.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...