Kini Anda Boleh Lepaskan Kemarahan Di ‘Rage Room’ Dimana Anda Boleh Pecahkan Barang-Barang Untuk Berseronok

Travel

Kini Anda Boleh Lepaskan Kemarahan Di ‘Rage Room’ Dimana Anda Boleh Pecahkan Barang-Barang Untuk Berseronok

Siapa yang tengah rasa tertekan sekarang ini, kami ada satu cadangan baik untuk anda lepaskan kemarahan dengan cara yang lebih baik. Pernah tak anda rasa seperti nak baling dan pecahkan semua barang apabila tengah marah? Kali ni anda boleh lakukannya di Rage Room Kuala Lumpur

Jangan risau, ini bukanlah satu bentuk vandalisme kerana Rage Room disediakan khas untuk anda melepaskan tekanan dan stress bersama rakan-rakan. Terletak di Berjaya Times Square, pengunjung boleh menghancurkan barang seperti botol, kaca, dan apa saja barang yang disediakan dalam suasana yang selamat.

Advertisement

Pengunjung akan dibekalkan dengan pakaian sut keselamatan dan ‘senjata’ yang boleh digunakan untuk kerja-kerja memecahkan barang.

rage room kl

Anda tidak perlu risau tentang soal keselamatan kerana selain daripada pakaian sut keselamatan, pengunjung juga akan dibekalkan dengan peralatan lain seperti topi keledar bersama penutup muka dan sarung tangan untuk melindungi diri dari serpihan kaca yang dipecahkan.

Semua peralatan ini akan dibekalkan oleh MYBestBox malah anda boleh memilih sendiri senjata yang ingin digunakan. Antara pilihan yang ada ialah kayu besbol, kayu golf, dan besi. Yang lebih seronoknya, anda boleh pilih sendiri ‘background music’ yang anda mahukan!

rage room

Pemilihan lagu juga adalah salah satu proses yang ditetapkan sebelum anda memulakan kerja-kerja pemusnahan. Jadi pastikan anda pilih lagu yang sesuai untuk lepaskan geram! Harga bermula daripada RM40 seorang untuk setiap sesi. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Rage Room, boleh terus ke laman rasmi mereka di sini.

Jom hilangkan stress!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...