Kini Anda Boleh Ke Pulau Pinang Dengan Lebih Pantas Dengan Lebuhraya Yang Baru Dibina Ini

Trending

Kini Anda Boleh Ke Pulau Pinang Dengan Lebih Pantas Dengan Lebuhraya Yang Baru Dibina Ini

Bagi anda yang bercadang untuk bercuti, setelah berakhirnya krisis penularan Covid-19 nanti, mungkin ini boleh menjadi pengalaman perjalanan baru untuk anda bersama keluarga. Tambahan pula, kerajaan masih tidak membenarkan kita untuk bercuti keluar negara.

Perjalanan lebih singkat untuk ke Pulau Pinang

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak ini mampu membawa anda sampai ke Pulau Pinang dengan lebih pantas tanpa perlu melalui bandaraya Ipoh. Lebuhraya sepanjang 233 km ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak sejak permulaan pembinaannya pada tahun 2014.

Advertisement

Lebuhraya ini dibina dengan jaluran lurus bagaikan landasan kapal terbang. Selain itu, pemandangan di kiri kanannya dipenuhi dengan kehijauan ladang kelapa sawit dan juga persisiran pantai. Pemanduan di WCE ini pastinya kaan memberikan ketenangan serta pengalaman baru.

Masih dalam pembinaan

Walau bagaimanapun, WCE masih lagi beum siap sepenuhnya. Dijangkakan pembinaan lebuhraya ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2022 setelah berlakunya kelewatan dalam beberapa tahun terakhir. Buat masa ini, hanya sebahagian akses sahaja yang telah dibuka untuk kegunaan umum pada akhir tahun lalu.

Jadi sekiranya anda merancang perjalanan dari Pulau Pinang ke selatan atau sebaliknya, WCE boleh dijadikan satu pilihan apabila ia dibuka sepenuhnya pada masa akan datang. Buat masa ini anda buleh menggunakan sebahagian daripadanya yang sudah dibuka seperti ke Teluk Intan atau Beruas. Semoga dengan pembukaan WCE nanti kita akan dapat sampai ke destinasi pilihan dengan lebih pantas.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...