Kini Aktif Sertai Misi Kemanusiaan, Keith Foo Akui Tersentuh Melihat Keadaan Mangsa Banjir

Hiburan

Kini Aktif Sertai Misi Kemanusiaan, Keith Foo Akui Tersentuh Melihat Keadaan Mangsa Banjir

Pelakon yang kini bergelar bapa tunggal, Keith Foo dilaporkan kini aktif menyertai misi kemanusiaan dan amal jariah di Negeri Sembilan.

Dia yang menyertai misi bantuan bersama St John Ambulans Malaysia cawangan Negeri Sembilan (SJAMNS) sedang giat menghulurkan bantuan dan pertolongan bahan asas kepada mangsa banjir yang terjejas di negeri tersebut.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia sebenarnya sudah lama melibatkan diri dalam aktiviti seumpama itu. Namun, sejak menyertai SJAMNS, dia lebih banyak dilihat tertumpu di Negeri Sembilan.

Selain menghulurkan bantuan seperti makanan kepada keluarga yang terjejas, Keith juga terlibat dalam program derma darah, kesedaran Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR), perkhidmatan ambulans sempena musim perayaan dan edaran peralatan perlindungan diri (PPE) ke hospital dan klinik.

Dia juga mengakui bahawa tersentuh hati apabila melihat keadaan mereka yang mengalami musibah tersebut yang kebanyakan terdiri daripada warga emas.

View this post on Instagram

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

View this post on Instagram

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

“Hati saya tersentuh ketika itu. Ada golongan tua yang terlantar dan uzur terkensa dengan ujian itu. Bayangkan saat berdepan dengan pandemik, kemudian tanpa diduga ada air bah yang datang menguji lagi keteguhan hati mereka. Ada antara mereka yang tidak sedar air naik sampai paras katil. Ada yang terperangkap hingga perlu diselamatkan.”

Bapa kepada Skyler Grey Foo yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan ini juga memberitahu bahawa dia sempat mengambil kursus memandu ambulan dan turut berpeluang memandu kenderaan tersebut beberapa kali.

View this post on Instagram

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

Perkembangan terkini, Keith difahamkan baru sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama seperti Dia Bukan Bidadari dan WiFi Sebelah Rumah.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...