Kini Ada Rancangan Sendiri, Azwan Ali Kembali Dalam ‘Laser Bertemu Laser’

Hiburan

Kini Ada Rancangan Sendiri, Azwan Ali Kembali Dalam ‘Laser Bertemu Laser’

Pengacara tersohor, Azwan Ali khabarnya bakal mempunyai rancangannya yang tersendiri dalam program terbaru Astro Ria, ‘Laser Bertemu Laser’.

Azwan AliSumber : Google  

Difahamkan, program tersebut bakal menyaksikan Azwan Haji Ali ataupun lebih mesra disapa sebagai Diva AA mengundang selebriti tanah air ke kediamannya untuk ditemu bual secara santai.

Advertisement

Pastinya, soalan yang bakal ditanya Azwan bukanlah ‘biasa-biasa’ kerana selebriti yang bakal ditemubual pengacara tersebut pun khabarnya ‘sekepala’ dan ‘sama naik’!

Antara tetamu yang bakal dijemput dalam rancangan tersebut adalah Mas Idayu, Datuk Seri Vida, Datuk Ramli MS dan juga Michael Ang.

Diva AASumber : Google  

Sekadar mengimbas kembali, Diva AA sebelum ini mempunyai cerita silam bersama dengan Datuk Seri Vida dan rancangan ini pastinya akan bertambah menarik apabila para tetamu dan juga hos yang mengacara mempunyai perangai yang diketahui ramai ‘pedas’ dan sinis.

Laser Bertemu Laser bakal menemui penonton bermula pada hari Rabu ini jam 11.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Diva AASumber : Astro Gempak  

Agak-agak siapa yang lagi laser? Azwan Ali atau para tetamu jemputannya itu? Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...