Kini Abang Nara Sudah Bergelar Papa Nara

Hiburan

Kini Abang Nara Sudah Bergelar Papa Nara

Alhamdulillah akhirnya pada 13 Februari baru-baru ini, wife Abang Nara telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Cepat 2 minggu daripada due date yang dijangkakan tapi itu semua tak penting. Yang penting wife Abang Nara dan baby kedua-duanya selamat.

babynara

Advertisement

Comel kan? Inilah buah hati pengarang jantung Abang Nara dan wife sekarang ini. Oh ye, 16hb hari tue slot Abang Nara dan wife dalam Wanita Hari Ini (WHI) sudah pun selamat ditayangkan. Masa tue kami berdua masih di dalam hospital. Still kelam kabut nak jaga baby yang baru lahir. Tapi nasib baik masih sempat tengok lagi.

babynara

Banyak yang Abang Nara dan wife telah belajar daripada pakar nutrisi Dumex semasa rancangan WHI. Kepentingan minum susu untuk ibu mengandung (wife Abang Nara minum susu Dumil Mama) sebab baby yang di dalam kandungan makan apa yang ibu-ibu mengandung makan. . Jadi diet yang lengkap untuk nutrisi yang seimbang sangat penting untuk si ibu dan kandungan.

babynara

Dan semasa slot Abang Nara dan wife, kami berdua belajar yang setiap ibu mengandung mengalami ketidakselesaan yang berbeza. Alhamdulillah wife Abang Nara jarang muntah-muntah. Cuma dia selalu mengidam benda yang pelik-pelik. Mengikut pakar nutrisi Dumex, ada ibu mengandung yang muntah-muntah sehingga 8 bulan, walaupun ini bukanlah sesuatu yang biasa. Jadi jangan pelik kalau wife anda ada ketidakselesaan sebegitu.

Dan dengan kelahiran baby kami berdua, Abang Nara dan wife sekarang sudah pun bergelar ayah dan ibu. Kami berdua masih dalam fasa teruja. Abang Nara kalau dengar bunyi baby menangis je terus berlari dukung dia. Wife Abang Nara pula selang sehari ajak pergi hospital untuk check tahap kesihatan baby kitaorang. Memang super excited sekarang.

Apa pun, Abang Nara nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelahiran bayi kami pada hari itu. Doa anda sangat-sangat kami hargai. Dan doakan bayi kami, Aariz akan sihat sentiasa sehingga dewasa kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

127 Comments

  1. hehehe

    February 25, 2012 at 1:10 pm

    selamat menjadi seorg ayah n ibu tuk nara n wife…selamat menjadi kelam kabut n tak ckp tido mlm…n bersedia tuk sebarang kemungkinan…coz baby skrg nie banyak yg kene kuning bila dah kuar dr hospital…pe pun tahniah n semoga selamat n diberkati semuanya…

  2. Adibah

    February 25, 2012 at 12:59 pm

    Tahniah Abang Nara dan wife…selamat datang baby comel ke dunia baru..
    Semoga keluarga Abang Nara dan wife bertambah ceria dan gembira dgn kehadiran ahli keluarga baru…
    Dan semoga baby comel membesar jadi seorang yg beriman, dan berguna kepada bangsa, negara dan agama. Insya-Allah…

  3. wan

    February 25, 2012 at 12:27 pm

    tahniah… lepas ni jadi Datuk Nara… hehehehe

    Jom singgah
    Blog Saya Tak Cantik

  4. Pingback: Kini Abang Nara Sudah Bergelar Papa Nara | HatiBlogger [dot] Com

  5. Amende

    February 25, 2012 at 8:49 am

    Congratulations! He’s adorable. Semoga menjadi anak soleh. Selamat menjadi daddy n mummy to Nara n wife. Selamat berjaga malam. Tapi apsal ur wife kena pergi check up di hospital selang sehari? Baby not well ke? Selalu tak perlu kot.

Loading...