Khamis lalu, pelakon dan juga isteri kepada Awal Ashaari mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua dan sudah memasuki empat bulan fasa kehamilan.
Baru-baru ini, dia telah memuat naik ucapan terima kasih atas doa dan kata-kata selamat daripada peminat menerusi ruangan Insta Story miliknya.
Dalam pada masa yang sama, Scha turut memaklumkan bahawa dia kini dalam fasa ‘membenci’ telefon bimbit.
“Salam, terima kasih atas ucapan dan doa dari anda semua. Alhamdullilah, syukur. Maaf saya tidak periksa telefon atau mengemas kini perkembangan terbaru. Saya bencikan telefon buat masa sekarang dan saya benar-benar maksudkannya,”
Malah, pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar turut mengiyakan pernyataan tersebut apabila dia memuat naik foto memaparkan Scha memangku anak lelakinya, Edriel Obil sambil mengucapkan ucapan selamat hari jadi buat Awal Ashaari.
Sekadar info, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada May 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini berumur 6 tahun.