Siri vivo X300 akhirnya rasmi dilancarkan di China dan terus jadi bualan kalangan peminat teknologi. Macam biasa, siri vivo X memang terkenal sebagai “flagship killer” yang sentiasa push had kemampuan telefon pintar. Tapi kali ni, vivo buat sedikit kelainan tiada lagi model Pro Mini seperti dulu.
Hanya vivo X300 dan X300 Pro, dan dua-dua hadir dengan upgrade yang memang buat ramai teruja, dari segi rekaan, skrin, cip pemprosesan hinggalah kamera ZEISS yang makin padu.
Rekaan & Skrin- Lebih Kemas & Seimbang
Walaupun Pro Mini dah tiada, vivo X300 hadir dengan saiz lebih kecil berbanding model sebelum ini dengan saiz 6.31 inci je. Sekali pandang, rekaan dia masih kekal elegan dengan tubuh berkotak, binaan aluminium + kaca, dan feel dalam genggaman yang memang premium.
Paling best, bonggol kamera pun dah dikecilkan, jadi nampak lebih kemas tanpa hilang identiti siri X.
Bagi model X300 Pro, saiz skrin kekal 6.78 inci, tapi vivo dah buang rekaan melengkung diganti dengan bentuk lebih flat dan solid. Kedua-dua model juga datang dengan tahap ketahanan IP68/69, jadi memang tak risau kalau terpercik air atau debu.
Untuk bahagian skrin pula, kedua-dua model guna panel 8T LTPO 120Hz yang boleh turun serendah 1Hz untuk jimat bateri. Kecerahan maksimum mencecah 4500 nits masih terang walau bawah matahari terik.
Bezelnya pun super nipis, dan ada PWM Dimming 2160Hz serta sensor cap jari ultrasonic.
Gabungan Dimensity 9500 + Cip vivo V3+
Di bawah “hood”, vivo X300 dikuasakan oleh cip baharu MediaTek Dimensity 9500, digabungkan dengan cip V3+ buatan vivo sendiri yang fokus untuk bantu prestasi fotografi.
Dalam penggunaan awal, memang rasa lajulah. Malah skor AnTuTu mencecah 4.1 juta, bukan main-main! Dari segi perisian, vivo hadir dengan OriginOS 6, versi paling terkini yang nampak lebih moden, smooth, dan interaktif.
Ciri-ciri seperti Flip Cards, jam lockscreen boleh ubah, serta Origin Island yang lebih pintar menjadikan pengalaman penggunaan terasa lebih fluid dan futuristik. Kombinasi antara Dimensity 9500 + OriginOS 6 ni buatkan siri X300 rasa sangat “refined”.
Kamera ZEISS – Bila vivo Serius Dalam Dunia Fotografi
Tak lengkap kalau tak sentuh bahagian kamera, sebab inilah fokus utama siri X300. Untuk X300 Pro, vivo ‘bina’ kamera utama 50MP ZEISS Gimbal-Grade dengan sensor besar Sony LYT-828 (1/1.28”) dan aperture luas f/1.57.
Untuk telefoto pula, ada 200MP ZEISS APO Telefoto hasil kolaborasi dengan Samsung, manakala ultra-lebarnya pula 50MP ZEISS.
Model X300 pula tak kurang hebat, hadir dengan kamera utama 200MP ZEISS (sensor HPB 1/1.4”), telefoto 50MP ZEISS APO (Sony LYT-602), serta ultra-lebar 50MP ZEISS yang sama macam X300 Pro. vivo masih kekalkan salutan T ZEISS* bagi kurangkan flare yang selalu ganggu gambar waktu malam atau sumber cahaya kuat.
Untuk video, X300 Pro boleh rakam 4K120FPS Dolby Vision dan 10-Bit Log bagi mereka yang suka hasil sinematik. Manakala X300 juga mampu rakam pada resolusi sama dalam mod Pro. Dua-dua model turut sokong Dual-View Stage Video, jadi boleh rakam momen depan dan reaksi sendiri serentak (sesuai untuk content creator).
Bateri & Pengecasan, Kecil Pun Power!
Walaupun X300 bersaiz lebih kecil, vivo berjaya ‘sumbat’ bateri 6040mAh BlueVolt, lebih besar daripada model Pro Mini dulu. X300 Pro pula datang dengan 6510mAh, juga lebih besar daripada X200 Pro dalam saiz sama.
Kedua-dua model menyokong 90W FlashCharge dan 40W pengecasan nirwayar.
vivo X300 Dah Ready Nak Jadi The Power Flagship
Daripada rekaan sampai ke kamera ZEISS, siri vivo X300 dah langkah besar ke depan. Cip baharu, sistem kamera mantap, dan skrin ultra terang menjadikannya antara telefon paling dinanti tahun ini.
Nampak gayanya vivo memang dah bersedia untuk beri saingan sengit pada semua flagship lain. So, ada sesiapa yang nak ‘angkat’ vivo X300 Series? Stay tuned kemunculannya di Malaysia nanti!





