Melihat kepada foto-foto Kina Shen, seorang model China yang mempunyai pengikut yang ramai di Instagram, sukar untuk membezakan jika anda sedang melihat seorang manusia yang sebenar, ataupun satu patung bersaiz manusia.
Ramai gadis di luar sana mencuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti patung hidup, tetapi hasilnya tidak sebaik Kina. Model yang bertapak di Shenzen bertuah kerana memiliki ciri-ciri wajah yang sempurna, kulit yang licin bak telur dikupas dan berbakat dalam solekan–semuanya berguna jika anda ingin kelihatan seperti patung.
Kina memulakan akaun Instagramnya pada tahun 2013 dan dia kini mempunyai lebih 550,000 pengikut di situ.









Ada peminat yang begitu obses dengan penampilannya yang seperti patung sehinggakan mencipta satu karakter yang menyerupai Kina untuk permainan video The Sims 4.
Untuk meyakinkan orang ramai yang dia sememangnya seorang manusia, Kina ada kalanya memuat naik video YouTube yang menunjukkan kemahirannya bersolek, dan terdapat satu gambar di mana dia tidak bersolek, dikatakan diambil sewaktu Kina sedang sakit.
Dan sekiranya anda berminat dengan individu yang berpenampilan seperti patung, mungkin anda patut lakukan carian dalam talian untuk Anastasyia Shpagina, Valeryia Lukyanova atau Vanilla Chamu.
Dah sedia untuk lihat wajah Kina tanpa solekan? Nah!
Cantik juga, pada pendapat penulis. Ini pula video transformasi solekan Kina:
–amazingnara.com