Nama Kim Seri Aina, individu yang sebelum ini didakwa terlibat dalam kes penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan, sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas kakak ipar tampil meluahkan rasa kecewa di platform Threads.
Menerusi hantaran tersebut, wanita dikenali sebagai Nor Seri Azlina mendakwa Kim Seri Aina kini berada “selangkah lagi” untuk berdepan hukuman penjara susulan pengakuan terhadap perbuatan menipu ramai pelanggan.
Dia turut menuduh individu berkenaan masih berlagak sebagai mangsa walaupun didakwa telah mengakui menggunakan wang pelanggan seolah-olah wang sendiri.

Menurut kenyataan itu lagi, Kim Seri Aina didakwa akan menjalani hukuman penjara di Korea Selatan sebelum berdepan proses ekstradisi ke Malaysia bagi menghadapi tindakan undang-undang berkaitan kes sama.
Nor Seri Azlina turut menegaskan bahawa walaupun individu berkenaan merupakan bekas adik iparnya, beliau tidak lagi bersimpati selepas mendakwa dirinya serta ahli keluarga difitnah.


Sebelum ini, Kim Seri Aina dilaporkan terpalit dengan dakwaan penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang melibatkan kerugian besar dialami mangsa. Kes tersebut mencetuskan perhatian meluas selepas ramai tampil membuat laporan polis dan berkongsi pengalaman di media sosial.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan hukuman penjara dan proses ekstradisi seperti yang didedahkan dalam hantaran berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
