Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri mengakui sedang melakukan pelbagai usaha termasuk kerja sampingan bagi melunaskan hutang kepada individu yang menggunakan servis pelancongannya sebelum ini.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina mendedahkan pernah menerima tawaran wang tunai daripada sebuah klinik pembedahan plastik.



Menurutnya, tawaran tersebut datang bersama kontrak selama dua tahun yang memerlukan dirinya menjalani pembedahan serta mempromosikan klinik berkenaan.
“Saya cuba buat macam-macam untuk dapatkan duit supaya dapat bayar hutang. Salah satunya klinik pembedahan plastik. Ketika ini kawan korea bagi tawaran menarik dengan kontrak 2 tahun.”
“Tapi kena buat pembedahan dan promosi sekali. Masa itu saya tak fikir apa sebab nak dapatkan duit. Saya ikut saja doktor nak bedah apa.”
“Saya hanya nak buat marketing dan dapatkan duit untuk bayar semua hutang. Saya nak hidup tenang tanpa hutang.”
Bagaimanapun, Kim Seri meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu yang membuat laporan terhadapnya, sekali gus disifatkan tidak menghargai usahanya untuk melangsaikan hutang.
@kimseri_eina Rawatan buang lemak di muka dan tiruskan muka di Korea. #density #kbeauty #korealifting
Susulan itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi perkembangan berkaitan ‘refund’ kerana ia dilihat hanya mengundang lebih banyak komen negatif.
Dalam masa sama, Kim Seri menegaskan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan semua jumlah tertunggak.
Terdahulu, tular beberapa video dan hantaran daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa pakej pelancongan yang ditawarkan olehnya, melibatkan percutian ke South Korea.
Difahamkan, masalah telah timbul sejak di Malaysia lagi sebelum perjalanan bermula, dan berlarutan sepanjang trip tersebut.
Susulan kontroversi itu, Kim Seri telah tampil membuat permohonan maaf atas dakwaan penipuan yang menyebabkan kerugian hampir RM400,000, sambil menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Selai itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
