Personaliti media sosial, Kim Seri, mengundang perhatian ramai selepas memuat naik pendedahan panjang di Instagram Story mengenai hubungan tegang dengan keluarga bekas mertuanya.
Bekas keluarga mertua toksik
Antara dakwaan yang dibuat, dia menegaskan bahawa keluarga bekas suaminya “tidaklah sebaik yang disangka” dan pernah menuduhnya menggunakan nama bekas suami sebagai “keldai akaun” untuk mendaftarkan perniagaan.
Memang tergamak dipanggil saya jadikan dia keldai akaun guna nama dia untuk daftar perniagaan.
Menurut Kim Seri, pada tahun 2017, dia membantu suaminya menjana pendapatan memandangkan lelaki itu sukar mendapat pekerjaan, sementara gajinya sebagai guru hanya mampu menampung ala kadar keperluan keluarga. Selepas perniagaan berjaya, barulah kehidupan mereka sedikit selesa dengan rumah sewa dan kereta yang lebih baik.
Suami malas bekerja
Namun, katanya, keadaan berubah apabila perniagaan merosot tahun lalu. “Tapi bila perniagaan merosot tahun lepas, tiba cakap saya gunakan dia. Fitnah bekas isteri ni macam-macam,” ujarnya, sambil menambah bahawa suaminya memang hanya mengharapkan tanggungan daripadanya. “Sampai ke Korea pun dia tidak mencari kerja sendiri,” dakwanya lagi.
Menjawab mesej pengikut di Instagram, Kim Seri menafikan dakwaan bahawa dia pernah mengugut untuk membunuh diri di hadapan anak-anak, seperti yang didakwa bekas kakak ipar. Soalnya,
So sampai bila nak pegang anak-anak saya tu? Sampai orang derma duit sebab dengar cerita sedih awak tu ke?
Tambahnya lagi, ketika anak-anaknya sakit, dia sebenarnya mampu membawa mereka ke Korea untuk mendapatkan rawatan, namun pihak sana pula memuat naik pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan salah faham netizen. “Lepas tu buat ayat macam saya buang anak-anak,” katanya.
Hanya dia menanggung kisah ini
Kim Seri turut menceritakan bahawa bekas suaminya sering memberi alasan mahu keluar bekerja tetapi hakikatnya culas menjaga anak ketika dia masih berpantang.
Menurutnya, ibunya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini dan dia tidak kisah sekiranya keluarganya berpihak kepada keluarga bekas mertua. Jelasnya,
Sekurang-kurangnya saya dah tunaikan janji dan renovate rumah di kampung. Kalau mereka nak kata saya anak derhaka, jahat dan tak kenang jasa, saya redha kerana Allah lebih tahu.
Dalam pada itu, Kim Seri tak kisah bermula dari bawah kini dan mengatakan dia semakin bahagia selepas berkahwin dengan suami barunya di Korea.