Kim Seri Buat Permohonan Jadi Penduduk Tetap Korea Selatan, Netizen Tanya – “Takut Balik Malaysia Kena ‘Angkut’ Ke?”

Trending

Kim Seri Buat Permohonan Jadi Penduduk Tetap Korea Selatan, Netizen Tanya – “Takut Balik Malaysia Kena ‘Angkut’ Ke?”

Perkongsian wanita yang menipu ramai pelancong Malaysia dengan pakej pelancongan, Kim Seri telah menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi Instagram story sebelum ini, Kim Seri yang kini di Korea Selatan dan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda berasal dari negara itu, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia tidak akan pulang lagi ke Malaysia selepas ini.

Advertisement

Hantaran itu memaparkan tangkap layar maklumat dalam tulisan Korea dan berdasarkan kenyatan Kim Seri, dia merancang untuk memohon menjadi penduduk tetap negara berkenaan.

Okay next, kelas untuk jadi permanent resident. Belajar sejarah budaya sosiologi politik Korea semua fuhhh. Bismillah.

 

View on Threads

 

Perkara itu telah menjadi bualan ramai di laman sosial Threads memandangkan Kim Seri mempunyai rekod penipuan dengan rakyat Malaysia malah dikatakan masih belum melunaskan hutang-hutangnya.

Keputusannya untuk menjadi penduduk tetap seperti memberi gambaran bahawa dia akan terlepas daripada jenayah yang dilakukannya dan tidak akan dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, sesetengah individu mempersoalkan tentang anak-anaknya dan sama ada Kim Seri akan mengabaikan mereka yang kini tinggal di Malaysia.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Sebelum ini, nama Kim Seri menjadi bualan selepas dia menjalani prosedur pembedahan plastik dan perubahan ketara dapat dilihat terutamanya di bahagian hidung.

kim seri
2025-08-05 17:33:11

Video 'Before & After' Tular, Perubahan Wajah Kim Seri Jadi Bualan Ramai - "Biasa Repair Muka Makin Elok, Ni Macam Pelik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...