Kim Jongkook Akui Kenal Isteri Sekejap Sahaja – “Bukan Muda Lebih 20 Tahun Dari Saya”

Korea

Kim Jongkook Akui Kenal Isteri Sekejap Sahaja – “Bukan Muda Lebih 20 Tahun Dari Saya”

Penyanyi Kim Jong-kook akhirnya menjawab persoalan mengenai identiti isterinya yang sebelum ini menjadi tanda tanya ramai. Dalam episod program “Problem Child in House” yang bakal disiarkan pada 11 September, aktor Park Young-kyu hadir sebagai tetamu dan turut berkongsi pengalaman rumah tangganya dengan pengantin baharu itu.

Park Young-kyu secara berseloroh mendedahkan, “Kamu baru pertama kali kahwin? Waktu sebaya kamu dulu, saya dah masuk perkahwinan kedua,” menyebabkan suasana studio gamat dengan gelak tawa.

Advertisement

kim jongkook kahwin secara rahsia

Dia turut menasihati Kim Jong-kook agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada isterinya, termasuk berkongsi kata laluan dan kunci simpanan. Namun, apabila ditanya sama ada beliau sendiri melakukan perkara sama, Park Young-kyu pantas mengelak dengan mengatakan ia hanyalah kiasan untuk hidup dengan hati yang ikhlas.

Dia sempat berseloroh lagi bahawa dirinya pernah “memberi segalanya sebelum berpisah”, membuatkan pengacara Kim Sook terkejut lalu bertanya sama ada itu nasihat yang sesuai untuk seseorang yang baru berkahwin.

Dalam episod sama, Kim Jong-kook menjelaskan beberapa spekulasi tentang isterinya. Dia menegaskan pasangannya bukan jurulatih kecergasan, bukan juga lebih muda 20 tahun daripadanya. Katanya, tiada gosip tercetus kerana tempoh percintaan mereka yang singkat. Mendengar itu, Kim Sook sempat bergurau bahawa Kim Jong-kook seolah-olah “menyembunyikan isterinya sebaik mungkin sampai dikatakan kahwin dengan patung.”

Penonton dapat menyaksikan lebih banyak kisah pengantin baharu Kim Jong-kook serta nasihat perkahwinan daripada Park Young-kyu dalam siaran penuh ‘Problem Child in House’.

kim jongkook kahwin secara rahsia
2025-09-06 11:54:38

Seperti 'Misi 007', Tiada Siapa Tahu Tentang Perkahwinan Kim Jongkook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...