Pelajar-pelajar universiti berjantina lelaki di Korea Utara kini diwajibkan untuk menggunting rambut serupa dengan pemimpin mereka Kim Jong-un.
Panduan terbaru yang disokong oleh kerajaan itu diperkenalkan di ibu kota Pyongyang dua minggu lepas, seperti yang dilaporkan oleh Radio Free Asia. Ia kini mula dikuatkuasakan di seluruh negara–walaupun beberapa orang telah meluahkan keberatan untuk mendapatkan potongan rambut seperti Kim Jong-un.
Satu sumber memberitahu:-
Stail rambut pemimpin kami sangat khusus, kalau anda perlu tahu. Ia tidak kena dengan semua orang memandangkan setiap orang mempunyai wajah dan bentuk kepala yang berlainan.
Sementara itu, Korea Times melaporkan yang seorang warga Korea Utara yang kini tinggal di China memberitahu yang potongan rambut seperti itu tidak popular di tempatnya kerana ia kelihatan seperti potongan rambut penyeludup China. Dakwanya;-
Sehingga pertengahan dekad 2000, kami memanggilnya ‘potongan rambut penyeludup cina’.
Untuk makluman, hanya 18 potongan rambut untuk wanita dan 10 potongan rambut untuk lelaki dibenarkan dipilih di Korea Utara, dan potongan rambut juga perlu kelulusan kerajaan. Sebelum ini, stesen televisyen nasional Korea Utara melancarkan kempen anti rambut panjang, menyarankan agar orang ramai ‘memotong rambut sesuai dengan gaya hidup sebagai Sosialis’.
Bagaimanapun, terdapat laporan bercanggah tentang mandat potongan rambut tersebut, apabila laman web Korea Utara melaporkan pelawat ke Pyongyang tidak melihat sebarang perubahan pada potongan rambut warga Korea Utara.
Pemimpin sebelum ini yang telah meninggal dunia iaitu Kim Jong-il yang memerintah Korea Utara selama 17 tahun telah memotong rambut gaya kembang kerana ingin kelihatan lebih tinggi.
Laporan asal: BBC