Kim Jong Un Masih Lagi Hidup Dan Sihat, Korea Selatan Menafikan Laporan Media Amerika Syarikat

Trending

Kim Jong Un Masih Lagi Hidup Dan Sihat, Korea Selatan Menafikan Laporan Media Amerika Syarikat

Pelbagai spekulasi yang timbul kini tentang keadaan terkini pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un. Semuanya bermula selepas media antarabangsa CNN memaklumkan pemimpin itu di dalam keadaan yang kritikal selepas menjalani pembedahan. Ketiadaan Kim Jong Un dalam satu majlis ulang tahun datuknya juga menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Baca: Donald Trump Yakin Laporan Tentang Kim Jong Un Dalam Keadaan Kritikal Adalah Tidak Benar

Advertisement

Tetapi Korea Selatan telah menafikan dakwaan tersebut baru-baru ini dan mengatakan Kim Jong Un masih lagi hidup. Menurut penasihat polisi asing presiden Korea Selatan, Moon Chung-in kerajaannya tegas dengan pendirian bahawa pemimpin Korea Utara itu sihat.

“Pendirian kami kekal. Kim Jong-un masih hidup dan sihat. Tiada pergerakan yang menimbulkan kesangsian dikesan setakat ini.”

Menurut beliau, Kim Jong Un kini masih lagi berada di Wonsan sejak 13 April yang lalu. Kali terakhir Kim Jong Un muncul di khalayak ramai adalah pada 11 April yang lalu sebelum dikatakan menerima pembedahan pada keesokan atau mungkin lusanya. Pada 15 April lalu, dia tidak menghadirkan diri di dalam sambutan ulang tahun datuknya iaitu Kim Il Sung yang telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

gambar satelit

Sebuah laman web yang khusus dalam urusan Korea Utara berkongsikan gambar satelit pada hari Sabtu yang menurut para penyelidik adalah kereta api milik pemimpin tersebut. Gambar tersebut menunjukkan sebuah kereta api “mungkin milik Kim Jong Un” telah diparkir di stesen keretapi yang terletak di Wonsan, pantai timur negara itu sejak sekurang-kurangnya 21 April.

Sebelum ini juga pada tahun 2014, Kim Jong Un pernah ‘hilang’ dan tidak memunculkan diri di khalayak ramai selama sebulan. Dia kemudian kembali dengan menggunakan tongkat dan badan prisik mengatakan dia telah menjalani satu pembedahan. Setakat ini, media Korea Utara masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan terkini Kim Jong Un.

Artikel berkaitan: Media Korea Utara Berdiam Diri Tentang Keberadaan Kim Jong Un Mencetuskan Pelbagai Spekulasi

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...