Kim Jong Un Berkongsi Kuasa Dengan Adiknya, Kini Turut Dilaporkan Koma

Trending

Kim Jong Un Berkongsi Kuasa Dengan Adiknya, Kini Turut Dilaporkan Koma

Sebelum ini tular berita palsu menyatakan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan jantung.

Kini sekali lagi berita mengenai kesihatan Kim Jong Un menjadi topik utama apabila diktator itu dikatakan sedang dalam keadaan koma.

Advertisement

Berita juga melaporkan Kim Jong Un sebelum itu telah menyerahkan sebahagian kuasa pemerintahan Korea Utara kepada adik perempuannya, Kim Yo-jong.

Menurut Chang Song-min bekas pembantu kepada mendiang Presiden Korea Selatan Kim Dae-jung, mendakwa Jong Un sakit teruk selepas spekulasi mengenai penampilannya yang lihat kurang sihatt sejak awal tahun lalu.

“Saya merasakan Jong Un berada dalam keadaan koma, tetapi dia masih lagi hidup.”

Song-Min turut menyatakan kebersediannya untuk membantu Yo-jong bagi memimpin negara.

Menurutnya lagi struktur penggantian yang lengkap belum terbentuk, jadi Yo-jong perlu kehadapan menjadi salah satu peneraju kerana kekosongan kelak tidak dapat dipertahankan untuk jangka waktu yang lama.

Kenyataannya dibuat setelah agen risikan Korea Selatan mendedahkan bahawa Kim Yo Jong, 33, kini menjadi ‘orang kedua’di Korea Utara, walaupun belum dilantik secara sah sebagai penggantinya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...