Selepas lebih 20 tahun beroperasi di Petaling Jaya, kilang membuat ‘Hard disk’ Western Digital (WD) bakal ditutup pada hujung tahun hadapan.

Sumber: Cari infonet
Industri teknologi data sedang mengalami perubahan besar. Penutupan ini kerana faktor peningkatan penggunaan SSD / NAND dan penurunan permintaan jangka panjang untuk HDD oleh pelanggan.

Sumber:Lowyat
Pihak WD merancang untuk mengembangkan perkilangan SSD di Pulau Pinang kerana kilang WD di Petaling Jaya merupakan pengeluar HDD.
Sejak permulaannya pada tahun 1973, Western Digital telah menjadi sebahagian besar industri IT di Malaysia. Kini, mereka ingin memberi tumpuan lebih kepada pengeluaran penyimpanan storan padat hasil kerjasma dengan Toshiba. Malangnya, keputusan ini meyebabkan mereka terpaksa menutup salah satu mercu tanda Petaling Jaya.
Sumber: Lowyat