Kilang Proses Tauhu Menjijikkan, Pegawai Hampir Termuntah Ketika Serbuan

Trending

Kilang Proses Tauhu Menjijikkan, Pegawai Hampir Termuntah Ketika Serbuan

“Sangat menjijikkan”. Itulah kata-kata yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan sebuah kilang tauhu @ tofu yang Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur. Kilang yang mendapat penilaian tinggi di laman web perlancongan ini telah diserbu oleh DBKL dan didapati melanggar pelbagai peraturan kesihatan dan kebersihan.

Advertisement

Menurut salah seorang pegawai DBKL yang menyertai serbuan tersebut, dia hampir termuntah apabila melihat keadaan lantai dan dinding kilang tauhu itu berdaki hitam, penuh dengan lipas dan tikus di ruang penyediaan dan pemprosesannya.

Selain itu, pengendali juga didapati tidak memakai kasut dan penutup kepala semasa proses penyediaan tauhu. Kalau tengok depan mata, confirm tak akan makan tauhu seumur hidup dah.

Kini, kilang tersebut telah dikenakan tindakan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Apa pun pastikan anda lebih berhati-hati apabila ingin memakan tauhu selepas ini. Takut-takut makan lepas itu sakit perut pulak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...