Kilang Di Thailand ‘Kantoi’ Seterika Semula Topeng Muka Yang Sudah Dipakai Untuk Dijual Semula

Trending

Kilang Di Thailand ‘Kantoi’ Seterika Semula Topeng Muka Yang Sudah Dipakai Untuk Dijual Semula

Hanya kerana ingin dapatkan keuntungan lebih, sebuah kilang yang terletak di Saraburi, Thailand sanggup menjual topeng muka yang sudah dipakai kepada pelanggan. Perbuatan terkutuk itu akhirnya dikantoikan oleh pihak berkuasa yang membuat serbuan ke atas kilang itu.

Menurut pegawai polis Somsak Kaewsena, semasa serbuan pihak polis mendapati enam pekerja sedang sibuk mengasingkan topeng muka untuk dijual. Stok muka terpakai itu juga diperolehi daripada seorang individu yang menjualnya kepada kilang itu.

Advertisement

Pekerja kilang menerima bayaran 1 Bath (RM 0.13) untuk satu topeng muka dan jumlah kitar semula mencecah 300-400 topeng muka dalam masa sehari.

kilang thailand

topeng muka

Pihak polis memberitahu, pekerja di kilang itu didapati menggunakan seterika untuk menampakkan topeng muka itu kelihatan seperti baru sebelum dimasukkan ke dalam kotak. Jika dilihat secara kasar, sememangnya topeng muka yang dikitar semula ini nampak seperti topeng baru yang tidak pernah digunakan.

topeng muka thailand

Selepas serbuan dilakukan, pihak polis turut menghubungi Pejabat Kesihatan Awam Wihandaeng untuk membuat laporan tentang kilang itu. Kegiatan ini turut membangkitkan kerisauan masyarakat di sana kerana potensi untuk COVID-19 atau coronavirus tersebar adalah sangat tinggi.

Thailand pada masa kini mencatatkan 43 kes positif COVID-19 berikutan kemasukan pelancong daripada China. Negara itu juga antara negara yang terawal dikesan mempunyai wabak itu di luar China. Buat masa ini, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati membeli topeng muka dari sumber yang dipercayai.

Artikel berkaitan: Catat 5 Kes Baru COVID-19, KKM Nasihat Tangguh Perjalanan Ke Itali, Jepun Dan Iran

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...