November 4th, 2016

Meskipun sudah tampil memohon maaf kerana berpakaian seksi ketika menghadiri KL Fashion Week bersama rakan karibnya Kilafairy sekitar bulan Ogos lepas, Izara Aishah sehingga kini masih lagi menerima kritikan negatif.

Izara merasa tidak selesa apabila ada sesetengah pihak yang menyalahkan Kilafairy dalam isu tersebut. Menurut mereka, Kilafairy telah mempengaruhi Izara untuk tampil seksi.

Walaubagaimanapun, Izara menjelaskan apa yang beliau gayakan pada malam berkenaan adalah atas kehendak beliau sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Izara meminta agar tiada lagi pihak yang menunding jari terhadap rakan karibnya itu.

Saya tahu ramai yang menyangka Kila mempengaruhi saya berpakaian begitu. Malah ada juga orang di sekeliling saya menganggp perkara sama. Untuk pengetahuna semua, Kila tidak pernah memaksa saya untuk bergaya seksi dan apa yang berlaku adalah kehendak sendiri.

Kasihan Kila, tidak pasal pasal namanya dikatikan dalam kontroversi itu. Saya sudah pun meminta maaf sebelum ini dan saya mengaku, itu semua salah sendiri.

Tidak perlu lagi dibangkitkan isu lama. Izara pun sudah menyesal dengan perbuatan beliau itu bukan?

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...