Kilafairy Terdetik Nak ‘Free Hair’, Shera Aiyob Titip Nasihat – “Sebelum Nak Buat Sesuatu, Fikir Allah Suka Ke Tak”

Hiburan

Kilafairy Terdetik Nak ‘Free Hair’, Shera Aiyob Titip Nasihat – “Sebelum Nak Buat Sesuatu, Fikir Allah Suka Ke Tak”

Pelakon dan pengacara, Shera Aiyob memberikan semangat kepada rakan artis, Kilafairy yang akui terdetik mahu membuka tudung kerana sukar untuk istiqomah.

Menerusi Threads, isteri kepada aktor Zahiril Adzim berkata dia sangat memahami perasaan yang dirasai Kilafairy dan akui istiqomah adalah satu perkara yang sangat mencabar.

Advertisement

Tambah Shera, lumrah bagi manusia untuk mempunyai perasaan begitu kerana iman dalam diri sudah tentu ada pasang surutnya.

Saya faham perasaan awak. Nak hijrah itu mudah tetapi istiqamah sangat mencabar.

Shera Aiyob dan Zahiril Adzim

Shera juga sempat menitip nasihat ringkas buat Kilfairy dan berkata sebelum hati terdetik untuk mahu melakukan sesuatu perkara, kita fikirkan Yang Maha Esa.

Apabila kita rasa sedih atau sebelum kita putuskan untuk buat sesuatu, selalu tanya semula diri kita, ‘Allah S.W.T gembira tak kalau kita buat macam ini atau buat macam tu’.

Threads Shera Aiyob

Tapi itulah, cakap memang senang kan, nak buat tu mungkin sedikit susah. Ambil la sebanyak masa yang awak perlukan.

Semalam, hantaran dimuat naik Kilafairy di Threads meraih perhatian ramai apabila dia memohon agar orang ramai mendoakannya.

Kilafairy mohon doakan dirinya
20 hours ago

“Kenapa Rasa Nak Free Hair Balik Eh? Hujung Hujung Dah Iman Ni” - Kilafairy Mohon Doakan Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...