“Kikis Apanya.. Rumah Dan Kereta Pun Saya Tiada Lagi” – Usop Sedih Teman Wanita Dituduh ‘Kaki Kikis’

Hiburan

“Kikis Apanya.. Rumah Dan Kereta Pun Saya Tiada Lagi” – Usop Sedih Teman Wanita Dituduh ‘Kaki Kikis’

Baru sahaja penyanyi Usop mendedahkan identiti kekasihnya selepas lama mendiamkan diri, namun wanita itu kini menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Antara tuduhan yang sering dilemparkan kepada kekasih penyanyi itu ialah ‘kaki kikis’. Walaubagaimanapun, Usop menegaskan bahawa tuduhan itu tidak berasas berikutan dirinya yang tidak mempunyai sebarang harta yang boleh dibanggakan.

Advertisement

“Pada awalnya niat saya berkongsi tentang dia kerana terlalu teruja dengan kejutan ulang tahun kelahiran saya. Belum pernah saya dapat sambutan seperti itu lebih-lebih lagi daripada orang tersayang.”

Malah Usop nekad mendedahkan wajah kekasih hatinya, Nur Fatehah kerana sudah pun memasang niat untuk berkahwin, jadi lelaki tersebut tidak mahu menyorok lagi.

“Biarpun ada yang komen negatif, tapi saya tak kisah.”

Malah penyanyi itu sendiri pernah menasihatkan kekasihnya dan memberitahu apa yang akan dilaluinya apabila memasuki dunia hiburan.

“Ada yang kata dia nak mengikis saya. Kikis apanya… saya rumah dan kereta pun tak ada lagi. Tapi dia saja tahu susah senang saya macam mana. Jadi, saya tak
peduli apa orang nak kata.”

Meskipun mempunyai perancangan untuk berkahwin namun Usop mengakui bahawa dia masih lagi belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya.

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Usop dan Nur Fatehah.

Sumber: mStar Online

Sumber foto: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...