Kiehl’s Sambut Tahun Baru Cina Dengan Lebih Gaya & Kemeriahan

Gaya Hidup

Kiehl’s Sambut Tahun Baru Cina Dengan Lebih Gaya & Kemeriahan

Kiehl’s Malaysia membuka tahun 2025 dengan penuh semangat melalui Sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung meriah pada 8 Januari 2025, bertempat di Sunway Pyramid.

Acara ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Tahun Baru Cina Kiehl’s yang sedang berlangsung sehingga 2 Februari 2025 yang membawa gabungan tradisi budaya, seni, dan kemeriahan untuk semua pengunjung.

Advertisement

Pertunjukan Spektakular & Momen Istimewa

KIEHLS

Persembahan tarian singa telah memulakan acara pada petang itu, di mana ia dianggap membawa tuah mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Kemeriahan diteruskan dengan sesi Lou Sang bersama Ricardo Schmidt (Pengurus Besar Bahagian LUXE), Elaine Wong (Pengarah Komersial Bahagian LUXE), Jenny Chan (Pengurus Besar Jenama Kiehl’s Malaysia & Singapura), dan rakan selebriti Kiehl’s, Phei Yong serta tetamu yang hadir.

Rekaan Eksklusif Aeropalmics

KIEHLS

Paling menjadi tarikan sempena Jelajah Tahun Baru Cina Kiehl’s ialah kolaborasi epik bersama Dawn Ang (Aeropalmics), yang membawakan rekaan edisi terhad untuk produk kegemaran Kiehl’s sempena Tahun Baru Cina 2025:

-Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask

-Calendula Herbal-Extract Toner

-Ultra Facial Cream

Rekaan berani dan dinamik itu turut menghiasi sampul angpau Kiehl’s. Sentuhan seni Dawn ini berjaya membawa elemen segar dan keunikkan Tahun Ular ke dalam produk Kiehl’s.

Kolaborasi 3P & Kiehl’s

3P

Bukan itu saja, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada trio terkenal 3P serta lagu eksklusif “新年亮亮地” (Kiehl’s Makes You Kool!) yang merupakan kolaborasi Kiehl’s dan 3P.

Selain itu turut sama berlangsung ialah kaligrafi Pelangi oleh artis tersohor, Vivian Lee, bacaan nasib peribadi untuk memulakan tahun dengan panduan positif serta permainan interaktif seperti Lucky Wind Chamber dan DIY Charm, di mana tetamu boleh membawa pulang hadiah menarik.

Jom Sertai Jelajah Tahun Baru Cina Kiehl’s!

KIEHLS

“Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bukan sekadar tradisi – ia membawa pengalaman segar, menyeronokkan, dan bermakna untuk komuniti kami. Kami sangat teruja melihat tenaga positif daripada semua yang hadir,” kata Jenny Chan, Pengurus Besar Jenama Kiehl’s Malaysia & Singapura.

Jelajah Tahun Baru Cina Kiehl’s di Sunway Pyramid akan berlangsung sehingga 2 Februari 2025 dengan lebih banyak aktiviti menarik, hadiah eksklusif, dan ganjaran istimewa menanti pengunjung.

Jumpa kat sana!

Maklumat dan info lanjut layari, https://www.kiehls.com.my/en_MY/new/.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...