Baru-baru ini, tular mengenai satu video memaparkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang mengulas mengenai hukum sistem jual beli apabila penjual meletakkan syarat untuk membeli barangan vendor terlebih dahulu sebelum makanan miliknya.
Menurut Azhar, sistem tersebut tidak sah dan barang yang dipaksa beli itu tidak sah kerana jual beli perlu ada keredaan dalam hati kedua-duanya yakni penjual dan pembeli.
Ohhh ini ke punca Kieda merentan sampai tiber main race card??! ? Mana bolehhh!! Dia terpaling betulllll kot pic.twitter.com/to3pOIyx15 https://t.co/71BBKSTdNX
— ALAN (@IniAlalalannn) September 12, 2023
Bermakna bila jual beli itu tidak sah, kita pegang barang orang secara batil, penjual pegang duit orang secara tidak baik. Allah tidak suka cara macam ni.
Berikutan itu, pengusaha bakeri terkenal, Kieda Crepe tampil menjawab mengenai isu tersebut setelah ramai yang ‘memetik’ nama usahawan itu gara-gara video terbabit.
Ujar Kieda, dia tidak pernah memaksa pelanggan yang datang untuk membeli pencuci mulut di kedai miliknya sebaliknya, peraturan ‘support’ vendor telah pun diperkenalkan sejak tahun 2022 lagi.
@hqkiedacrepepenang Tak mati dikeji , tak hidup di puji ??Semoga kieda yang selalu dihina, dipandang rendah, bahkan tidak dihargai, suatu hari nanti akan jadi orang yang berjaya. Aamiin ?? #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang #kiedacrepetour
Tak ada team yang turun tarik baju paksa beli di kedai Kieda. Kalau okey dengan rules, naik terus, kalau rasa tak okey, u-turn balik.
Tak ada erti sah sebab saya bukan baru beritahu support vendor ni waktu customer nak bayar di kaunter. Ulamak tak salah, netizen tak salah. Kieda ja yang salah sebab jaga rezeki orang, tak fikir customer.
Dalam pada itu, Kieda juga meminta orang ramai untuk tidak menyimpan niat buruk dan berhati busuk seperti menjatuhkan perniagaan orang lain lebih-lebih lagi yang diusahakan oleh muslim.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.