Kieda Crepe Mohon Maaf, Akan Berusaha Jadi Lebih Baik – “Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina”

Kehidupan

Kieda Crepe Mohon Maaf, Akan Berusaha Jadi Lebih Baik  – “Saya Terima Teguran Tapi Janganlah Sampai Menghina”

Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh terkenal Kieda Crepe menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik videonya yang mendedahkan dirinya dijangkiti virus herpes.

Pekerja Kieda Crepe menjelaskan bahawa Kieda sudah tidak terlibat dalam produksi makanan di kedainya susulan kerisauan orang ramai terhadap makanan yang sudah dibeli di kedai tersebut.

Advertisement

kieda crepe

Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di Facebook, usahawan itu menjelaskan dia sendiri sudah lama tidak masuk ke kedainya kerana terlalu sibuk untuk persiapan rumah.

Jujur Kieda dah lama tak masuk focus di kedai sebab sibuk masuk rumah baru. Jangan risau bab kedai semua staff handle, saya cuma pantau dari rumah.

 

Saya ada team yang hebat untuk handle semua. Saya kalau doktor bagi cuti seminggu pun, saya tetap suruh doktor bagi cuti sebulan sebab kerja luar saya banyak.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa dia terima segala teguran yang diberikan oleh orang ramai namun tidak perlulah sehingga menghina dirinya.

kieda crepe

Ya tahu tak suka saya, tapi tak perlu lah tokok tambah cerita banyak sangat. Saya ada salah dengan diri sendiri, tapi awak hentam saya seolah awak tak ada salah.

 

Awak ajak yang lain membenci saya, saya terima semua teguran tapi jangan sampai menghina.

Usahawan itu turut menambah, meskipun ramai yang menghina, dia tetap memilih untuk jalan terus kerana yakin dengan rezeki dan ketentuan Allah SWT.

Tak apa, teruskan saja kalau itu boleh buat hampa bahagia. Tapi ingatlah, rezeki kita Allah yang bagi. Ujian juga dia titipkan.

Di akhir hantaran, usahawan itu memohon agar orang ramai memberikannya ruang untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada dirinya.

Doakan saya, minta maaf sebab kecewakan orang. Saya cuba usaha jadi lebih baik dan baik lagi.

Kieda juga berkata dia selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan di media sosial.

kieda crepe janji nak jaga mak
21 hours ago

Kieda Crepe Luah Rasa Hati, Janji Nak Lindungi Ibu - "Teruslah Membenciku Wahai Dunia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...