Usahawan sensasi, Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran penuh emosi di Instagram Story baru-baru ini.
Dalam gambar yang dikongsikan, Kieda kelihatan memeluk erat ibunya sambil memegang sejambak bunga mewah berwarna merah dan hitam. Momen menyentuh hati itu turut diiringi dengan lagu “Ibu” nyanyian Haddad Alwi yang menambahkan lagi suasana sebak.
Kieda yang mengenakan tudung putih dilihat tersenyum tenang, manakala ibunya yang berpakaian serba hitam kelihatan tunduk memegang bunga gubahan tersebut.
Menerusi kapsyen yang disertakan, Kieda seakan meluahkan rasa tekanan berikutan pelbagai kecaman dan kontroversi yang melanda dirinya kebelakangan ini. Namun begitu, dia tetap menunjukkan kekuatan dan keteguhan pendirian, terutamanya dalam menjaga kebajikan ibu tersayang.
Teruslah membenciku wahai dunia, aku tiada kuasa untuk buat orang sukakan aku. Hati aku milik Allah. Hidup aku pun milik Allah. Biar Allah sahaja yang aturkan kehidupanku.
Tapi aku janji selagi aku berdaya, Ibu ku pasti baik-baik sahaja dapat dakapan ku.
Luahan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya, yang rata-rata mendoakan agar Kieda terus kuat menghadapi segala cabaran dan sentiasa berada di sisi insan yang paling penting dalam hidupnya iaitu ibunya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.