Baru-baru ini, usahawan sensasi iaitu Kieda Crepe menerima pelbagai komen ejekkan dan menghina selepas perniagaannya di Negeri Sembilan tidak mendapat sambutan.
Pernigaan diejek dan dihina sebab tak laku
Difahamkan dalam hantaran yang dimuat naik oleh usahawan itu di Instagram, dirinya menerima pelbagai sindiran seperti ‘padan muka’ dan ‘boikot berjaya’ hingga memaksa dia untuk menutup ruangan komen.
Bagaimanapun, siapa sangka perniagaan mendapat sambutan hangat apabila dia menukar lokasi jualan ke Lotus Ampang, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Dapat sambutan hangat lepas pindah tempat
Menurut Kieda, biarpun baru memaklumkan lokasi baru itu dalam tempoh sejam, orang ramai telah menyerbu sejak jam 2 petang hingga 11.30 malam.
Kongsi usahawan itu, sebanyak 2000 set crepe yang dibawa, 1800 berjaya dijual olehnya di Ampang, malah lori 10 tan yang membawa makanan dari Kieda Crepe House pulang dengan kotak kosong sepenuhnya tepat jam 2.25 pagi.
Terima kasih kieda ucapkan buat yang turun dari Seremban , Negeri Sembilan , Melaka , Selangor dan Sekitar Kuala Lumpur untuk support kieda di Lotus Ampang, semalam.