Pempengaruh dan usahawan terkenal, Kieda Crepe sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas dia mengakui bahawa isu yang melanda dirinya kini sedikit-sebanyak memberi kesan terhadap perniagaannya.
Menerusi satu sesi siaran langsung, Kieda berkata, mungkin usaha yang dilakukannya selama ini tidak cukup baik untuk membantu orang ramai.
Jujur saya cakap, memang terkesan. Saya cakap dekat Amy (suami Kieda), mungkin saya tak cukup baik untuk bantu orang, untuk perjuangkan apa yang saya buat selama ni.
Nak kita tutup kedai ke? Sebab saya dah minta maaf, saya dah buat semua benda.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyangka dirinya dianggap sebagai seorang pempengaruh.
Tujuan saya post video tu, untuk kehidupan saya. Tapi saya lupa saya ni influencer yang menjadi tumpuan ramai orang.
Kalau saya peniaga saja mungkin saya tak akan jadi tumpuan macam tu sebab sekarang saya selalu jadi tumpuan orang.
Di akhir video, Kieda turut menjelaskan bahawa dia memahami tindakan segelintir pihak yang menegurnya susulam dia memuat naik video berkenaan.
Orang menegur tu saya faham. Saya faham orang tak nak saya berlarutan buat benda tak elok.
@berasnotraszwfp #kiedacrepe ♬ Very Sad – Enchan
Terdahulu, Kieda menjadi tumpuan ramai selepas dia memuat naik video yang mendedahkan dirinya dijangkiti virus herpes.