Melalui laman Instagram bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan anak-anak dengan meletak kapsyen menyentuh hati dituju untuk Humairah.
Menurut Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu, dia memohon maaf kepada anak perempuannya itu kerana tidak dapat memberi sebuah keluarga yang lengkap serta bahagia.
View this post on Instagram
Bahkan, Shu turut berasa sedih kerana anaknya itu tidak dapat merasa kegembiraan seperti anak-anak kecil yang lain ketika bercuti di Jepun.
Semua kids sebaya Humairah duduk atas bahu their father, tapi Humairah lompat-lompat nak tengok the shows.
Sebelum ini, rumah tangga Shuhada dan Hafidz Roshdi mula goyah setelah wanita itu mengetahui suaminya mempunyai perempuan simpanan bernama Athirah.